Wednesday, January 14, 2009

Sejarah Penubuhan PSSCHUTP

Kepimpinan yang pertama PSSCUHUTP telah diterajui oleh Saudara Shahrul Nizar Yahya yang bertindak sebagai pemula langkah berkembangnya pergerakan dan aktiviti persatuan. PSSCHUTP dengan persetujuan pihak UTP telah melantik Dr. Ismail Che Mat Zin, pensyarah UTP sebagai penasihat persatuan yang pertama.

Dengan adanya landasan yang sah, usaha pertama yang telah diambil ialah mengadakan satu majlis penerangan bagi pengambilan ahli baru yang pertama telah diadakan di Dewan Serbaguna UTP. Langkah seterus yang diambil ialah mengadakan Majlis Ijazah Pertama Silat Cekak Hanafi yang berlangsung sekitar bulan September dalam tahun yang sama. Sejarah telah merakamkan bahawa seramai 108 orang ahli baru telah berjaya diijazah dan kumpulan yang sama telah berjaya ditamatkan pada bulan 8 Disember 1998. Pihak pentadbiran UTP dalam masa yang sama telah memberikan sepenuh kerjasama terhadap perkembangan persatuan ini selaras dengan hasrat UTP untuk melahirkan graduan yang serba boleh.

Barisan tenaga pengajar PSSCUHM telah memainkan peranan positif dalam menerapkan kefahaman dan pendidikan silat. Lantaran itu kesinambungan perkembangan Silat Cekak Hanafi di UTP menjadi semakin positif dari tahun ke tahun. Barisan tenaga pengajar tersebut terdiri daripada En Mohammad Nizar (Penyelia Kelas) serta dibantu oleh En. Anwar Sidek, Tuan Syed Zairus, En. Adham Jamalullail, En Syamsul Rizal dan Raja Badrul Hisham.

Kini PSSCUHUTP telah bertapak kukuh di UTP dengan keanggotaan ahli baru yang meningkat sepanjang tahun. Beberapa program persilatan dan kebajikan telah diadakan dari masa ke semasa bagi mempelbagaikan aktiviti persatuan. Antara program terbaik yang telah diberi pengiktirafan tinggi oleh pihak PSSCUH Malaysia dan pihak pentadbiran UTP ialah Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2004 yang menjadi kemuncak kejayaan yang mengharumkan nama PSSCUHUTP.

Matlamat PSSCUHUTP untuk mendaulatkan Seni Silat Cekak Hanafi perlu diteruskan oleh generasi yang seterusnya. Moga usaha ini berkekalan dan terus diberkati.

No comments:

Post a Comment