Saturday, August 15, 2009

UTP JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN WAJADIRI SILAT CEKAK HANAFI



Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah mengharumkan nama UTP setelah menjadi juara keseluruhan kategori lelaki dan wanita Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat Institusi pengajian tinggi(IPT) dan Sekolah kali ke-12 pada 26 Julai 2009.

Kejohanan yang diadakan saban tahun ini telah disertai oleh 9 pasukan dibawah kategori IPT dan mempertandingkan sebanyak 9 kategori. Pasukan UTP telah menghantar seramai 21 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan. UTP telah berjaya menjadi juara bagi 3 kategori, kedua bagi 6 kategori dan tempat ketiga dalam 1 kategori.

Perasmian pembukaan kejohanan telah dirasmikan oleh Dr. Shafie Mohammad, Ketua Pengarah Pusat Kebudayaan yang mewakili Timbalan Naib Cancelor UKM manakala perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Luar Bandar. Guru Utama, YM. En Marwi bin Latif mengumumkan bahawa kejohanan wajadiri yang seterusnya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Pada kesempatan ini pihak persatuan ini merakamkan ucapan tahniah kepada pesilat pesilat Cekak Hanafi UTP. Sekalung penghargaan kepada penaja kami LIVLINE (M) Sdn. Bhd. dan juga kepada Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar UTP yang turut memberikan sokongan kepada PSSCHUTP. Jumpa lagi di Kejohanan Wajadiri di UIA pada tahun hadapan.