Sunday, August 8, 2010

WAJADIRI 2010~SERIBU SATU PENGALAMAN~




Sudah hampir seminggu WAJADIRI 2010 melabuhkan tirai yang menyaksikan UTP selaku juara bertahan pada WAJADIRI yang lalu kurang bernasib baik pada kejohanan kali ini. Pencabar utama kejuaraan UTM telah berjaya menggondol trofi kejuaraan pada kali ini. Walaupun kami gagal mengekalkan kejuaraan pada kali ini, kami tetap yakin dengan kebolehan yang ada pada ahli-ahli kami. Bak kata orang-orang dulu, ada ubi ada batas, esok hari boleh balas. Kegagalan kali ini langsung tidak melunturkan semangat kami malahan menaikkan lagi semangat juang kami untuk merebut kembali kejuaraan tersebut pada tahun hadapan. Lebih-lebih lagi pada tahun hadapan Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi ke 14 bakal menyaksikan UTP selaku tuan rumah untuk kali kedua. Kepada tuan rumah kali ini, tahniah dan syabas kami ucapkan kerana telah berjaya menganjurkan dengan jayanya. Kami berharap agar pihak anda sudi berkongsi pengalaman supaya WAJADIRI ke 14 dapat dilangsungkan dengan jayanya. Kepada semua ahli-ahli yang terlibat dengan WAJADIRI UIA ke 13 yang lalu, persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha gigih saudara saudari sekalian yang telah menaikkan lagi nama UTP di peringkat nasional."SATU PEMIKIRAN SATU TUJUAN"




Wednesday, July 21, 2010

PSSCH UTP Julai 2010 ~


Setelah sekian lama blog PSSCH UTP menyepi, kini ia telah kembali. Post terakhir yang ditulis adalah mengenai kejayaan UTP menjadi juara pada kejohanan wajadiri UKM 2009. Untuk post kali ini, topik perbicaraan adalah berkisar mengenai Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi Ke-13 yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada tahun ini sekali lagi ahli PSSCH UTP yang akan mewakili pasukan UTP akan akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun lalu. Kepada team UTP, lipat gandakan usaha anda semua..

Saturday, August 15, 2009

UTP JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN WAJADIRI SILAT CEKAK HANAFI



Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah mengharumkan nama UTP setelah menjadi juara keseluruhan kategori lelaki dan wanita Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat Institusi pengajian tinggi(IPT) dan Sekolah kali ke-12 pada 26 Julai 2009.

Kejohanan yang diadakan saban tahun ini telah disertai oleh 9 pasukan dibawah kategori IPT dan mempertandingkan sebanyak 9 kategori. Pasukan UTP telah menghantar seramai 21 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan. UTP telah berjaya menjadi juara bagi 3 kategori, kedua bagi 6 kategori dan tempat ketiga dalam 1 kategori.

Perasmian pembukaan kejohanan telah dirasmikan oleh Dr. Shafie Mohammad, Ketua Pengarah Pusat Kebudayaan yang mewakili Timbalan Naib Cancelor UKM manakala perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Luar Bandar. Guru Utama, YM. En Marwi bin Latif mengumumkan bahawa kejohanan wajadiri yang seterusnya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Pada kesempatan ini pihak persatuan ini merakamkan ucapan tahniah kepada pesilat pesilat Cekak Hanafi UTP. Sekalung penghargaan kepada penaja kami LIVLINE (M) Sdn. Bhd. dan juga kepada Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar UTP yang turut memberikan sokongan kepada PSSCHUTP. Jumpa lagi di Kejohanan Wajadiri di UIA pada tahun hadapan.

Tuesday, June 23, 2009

PSSCHUTP PERSATUAN TERBAIK UTP 2008



Pada 7 April 2009 yang lalu, PSSCHUTP telah diumumkan sebagai persatuan terbaik UTP bagi tahun 2008. Ia adalah kejayaan yang manis untuk PSSCHUTP. Secara umumnya, "Sports and Co-curriculum Appreciation Night adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulm UTP untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dan kelab. Pihak persatuan PSSCHUTP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UTP atas anugerah ini. Juga tidak dilupakan kepada ahli ahli PSSCHUTP yang telah banyak berkorban untuk membantu persatuan sampai ke tahap ini. Teruskan berusaha.

LAPORAN HARI TENAGA PENGAJAR



Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 1430H telah berlangsung dengan jayanya.
PSSCHUTP turut menghantar wakil bagi menjayakan acara tersebut.
Tahniah diucapkan.
Diharapkan amanah sebagai tenaga pengajar dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Saturday, January 17, 2009

SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR 1430H

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 1430H akan diadakan seperti butir-butir berikut:

Tarikh : 17 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Auditorium MPAJ, Ampang
Pakaian : Baju Korporat


Sehubungan itu, semua tenaga pengajar yang terlibat dijemput hadir. Sila sahkan kehadiran tuan/puan dengan menghubungi penyelia kelas.

Thursday, January 15, 2009

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah can be recitated after performing your prayers, in order to pray for the safety and the peacefulness of our Muslim brothers, who are currently being attacked by Israel.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِماللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَيا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Translation (in Bahasa Melayu):Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.Amien…!