Sunday, August 8, 2010

WAJADIRI 2010~SERIBU SATU PENGALAMAN~




Sudah hampir seminggu WAJADIRI 2010 melabuhkan tirai yang menyaksikan UTP selaku juara bertahan pada WAJADIRI yang lalu kurang bernasib baik pada kejohanan kali ini. Pencabar utama kejuaraan UTM telah berjaya menggondol trofi kejuaraan pada kali ini. Walaupun kami gagal mengekalkan kejuaraan pada kali ini, kami tetap yakin dengan kebolehan yang ada pada ahli-ahli kami. Bak kata orang-orang dulu, ada ubi ada batas, esok hari boleh balas. Kegagalan kali ini langsung tidak melunturkan semangat kami malahan menaikkan lagi semangat juang kami untuk merebut kembali kejuaraan tersebut pada tahun hadapan. Lebih-lebih lagi pada tahun hadapan Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi ke 14 bakal menyaksikan UTP selaku tuan rumah untuk kali kedua. Kepada tuan rumah kali ini, tahniah dan syabas kami ucapkan kerana telah berjaya menganjurkan dengan jayanya. Kami berharap agar pihak anda sudi berkongsi pengalaman supaya WAJADIRI ke 14 dapat dilangsungkan dengan jayanya. Kepada semua ahli-ahli yang terlibat dengan WAJADIRI UIA ke 13 yang lalu, persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha gigih saudara saudari sekalian yang telah menaikkan lagi nama UTP di peringkat nasional."SATU PEMIKIRAN SATU TUJUAN"




Wednesday, July 21, 2010

PSSCH UTP Julai 2010 ~


Setelah sekian lama blog PSSCH UTP menyepi, kini ia telah kembali. Post terakhir yang ditulis adalah mengenai kejayaan UTP menjadi juara pada kejohanan wajadiri UKM 2009. Untuk post kali ini, topik perbicaraan adalah berkisar mengenai Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Ustaz Hanafi Ke-13 yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada tahun ini sekali lagi ahli PSSCH UTP yang akan mewakili pasukan UTP akan akan berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun lalu. Kepada team UTP, lipat gandakan usaha anda semua..