Wednesday, January 14, 2009

Aktiviti Persatuan

Sepanjang 10 tahun penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCHUTP), persatuan ni telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menjadi landasan pembentukan kemahiran seseorang pelajar bahkan turut menjadi asas membina jatidiri yang baik. Aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan melibatkan penyertaan seluruh ahli persatuan dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar UTP.

Sebagai sebuah persatuan yang berteraskan seni budaya, pengkhususan penganjuran lebih tertumpu kepada aktiviti persilatan dan budaya. Sungguhpun demikian, hampir keseluruhan aktiviti tersebut menggariskan pembinaan jatidiri sebagai objektif yang utama. Dalam ertikata lain, perkara yang paling diutamakan dalam setiap penganjuran program ialah kualiti dalam melaksanakan program berbanding dengan kuantiti atau jumlah penganjuran. Contoh yang paling ketara ialah penganjuran Kejohanan Wajadiri Nasional 2004 peringkat pusat pengajian tinggi dan sekolah. Program tersebut telah dianggap sebagai penganjuran kejohanan Wajadiri yang terbaik pernah diadakan dalam tempoh 9 tahun. PSSCHUTP telah mendapat penghargaan daripada pihak Universiti dan pihak Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia, atas kualiti dan mutu penganjuran yang telah diadakan.

PSSCHUTP turut menganjur dan terlibat dalam aktiviti pengijazahan dan aktiviti yang berkaitan dengan persilatan samada diperingkat Universiti mahupun diperingkat nasional bertujuan untuk mendedahkan para ahli dengan pengalaman menganjurkan program disamping membuka ruang untuk membina jaring perhubungan (network) yang lebih luas. Sebagai contoh pasukan Wajadiri UTP telah menyertai hampir setiap kejohanan wajadiri yang telah dianjurkan sejak dari tahun 2000. Pencapaian terbaik ialah menjadi Juara keseluruhan peringkat wanita dan tempat kedua keseluruhan (lelaki)di kejohanan Wajadiri 2004.

PSSCHUTP turut bersama menjayakan program-program yang dianjurkan oleh PSSCUHM Cawangan Negeri Perak. Antara lain PSSCHUTP telah mendapat jemputan untuk mengadakan demonstrasi silat oleh sekolah-sekolah dan universiti sekitar Perak. Diantara aktiviti dan majlis yang pernah dianjur dan melibatkan penyertaan PSSCHUTP adalah seperti berikut:
  • Program Gerak Gemilang 2001 dan 2005
  • Program Kemasyarakatan dan Kerja Amal 2003
  • Kejohanan Waja Diri Nasional peringkat IPT dan sekolah setiap tahun
  • Kursus Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan Silat Cekak Hanafi 2003
  • Demonstrasi anjuran PSSCUHM Cawangan Negeri Perak 1999 - 2006
  • Demonstrasi sempena Convofair 2001 - 2006
  • Demonstrasi sempena Minggu Mesra Kampus
  • Majlis Penerangan, Demonstrasi dan Ijazah pelajar baru setiap semester
  • Majlis Makan Malam Tahunan
  • Hari Keluarga PSSCHUTP
  • Perkhemahan Integrasi PSSCHUTP
  • Konvensyen Silat Cekak Hanafi, Putrajaya
  • Jemputan untuk Persembahan Seni Silat Tempur sempena Majlis Penyerahan Insentif SUKMA Perak 2008
  • Ujian Sijil Rendah Persilatan, UTP 2008

No comments:

Post a Comment